Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta. | Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur tak lelap, makan tak kenyang. | Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat. | Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur di kasur. | Mendapat kesenangan; beristeri orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tidur di atas miang. | Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata tidur, bantal berjaga. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. | Tidak senang melihat kebahagiaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kucing tidur di bantai. | Hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran. | Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengusik anjing tidur. | Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |