Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Permaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan. | Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malang tiada datang tunggal. | Malang yang bertimpa-timpa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antan patah, lesung hilang. | Kemalangan yang bertimpa-timpa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |