Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. | Mulut manis hati busuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. | Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian seambung dengan timun. | Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama pisau di tangan kanan, timun di tangan kiri. | Orang lemah dalam kekuasaan orang yang berkuasa, tidak berdaya untuk melawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |