Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebab budi boleh kedapatan.Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tampak kaki ular.Tingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kambing harga dua kupang.Tingkah lakunya seperti anak-anak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumbang di mata, binasa hati.Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah beruban baru berguam.Orang tua yang tingkah lakunya seperti orang muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggerenyut-gerenyut bagai kambing berulit.Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggelinjang-gelinjang seperti kambing berulit.Sebagai kanak-kanak tingkah lakunya. gelinjang = mendompak-dompak; berulit = tidur bersama-sama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti air dalam kolam.Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anjing terpanggang ekor.Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas