Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu. | Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab budi boleh kedapatan. | Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tampak kaki ular. | Tingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumbang di mata, binasa hati. | Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan. | Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan. | Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. | Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mata kejam, bantal membuat ragam. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |