| Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. | Jangan percaya benar kepada janji, kerana janji biasa dimungkiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Titian air, polong asap. | Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuat titian berakuk. | Memperkenakan tipu muslihat untuk mencelakakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jalan raya titian batu. | Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah. titian = jambatan kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti di atas titian. | Dalam kebimbangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tanah lembab (= lembah) kandungan air, kayu bengkok titian kera. | Tiap-tiap suatu sebab itu akan diikuti oleh sebab yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |