Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. | Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. | Suka bertolong-tolongan satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. | Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu. | Yang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |