Tongkat membawa rebah. | Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lagi tongkat lagi senjata. | Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Patah tongkat berjermang (= bertelekan). | Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buta kehilangan tongkat. | Menghadapi keadaan yang sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli. | Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekalilah si buta kehilangan tongkat. | Selalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan seperti si buta mematah tongkat. | Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telunjuk mencocok (= merosok, menikam) mata. | Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Pancing makan umpan, c. Sokong membawa rebah, d. Tongkat membawa rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |