Tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat. | Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. | Pemimpin atau ketua yang dikut perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah anjing, celaka kuda. | Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengejar (= mengejan) tuah, najis keluar. | Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada tertikam tuah oleh berani. | Orang yang bertuah tiada dapat dialahkan dengan keberanian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung ada tuah tiada. | Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. | Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang. | Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |