Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya. | Orang miskin yang beroleh kekayaan dan yang hanya mementingkan dirinya saja dan tak hendak memandang orang lain lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sejiwa dua tubuh. | Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, d. Selauk senasi, e. Seperti dua senyawa, f. Setikar seketiduran). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayang-bayang disangka tubuh. | Mengharapkan sesuatu yang belum pasti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh menempuh dalam tubuh. | Nasib buruk yang mempengaruhi diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan-angan mengikat tubuh. | Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). | Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rasa batang pisang. | Tubuh seseorang yang terlalu dingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh; pertama tegak, kedua roboh. | Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri. | Membuang kehidupan yang sudah senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memimpin gajah tempang, mati dihempap dek tubuh. | Menolong orang besar-besar dalam kesusahan akhirnya akan mencelakakan diri orang yang menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |