Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuh

Puisi
 

Anak ayam turun tujuh,
     Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
     Minta doa tetapkan iman.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Sudah tujuh duduk berjanda,
     sembilan beranak tiri,
tercecah uban di gigi.

Bermaksud :

Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.

 

Lihat selanjutnya...(15)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tujuh kali pindah jadi papa.Pekerjaan yang tiada tetap akan mendatangkan kerugian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tujuh duduk berjanda, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi.Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya.Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seduit dibelah tujuh, sirih sehelai dicabik-cabik.Bersatu hati; sangat sedikit atau sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu)Sedikit (= kecil) sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah.Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelam bagai malam dua puluh tujuh.Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belut kena ranjau (= getah).Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas