Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kul] | توکول

Definisi : = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~ kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu); menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan logam menjadi panas apabila ditukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kul] | توکول

Definisi : , = penukul alat utk memantakkan paku dll; pemukul kecil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. menukul memalu atau memantakkan dgn tukul: Tukang itu sedang ~ paku ke papan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukul (kata nama)
Bersinonim dengan penukul, martil, pengetuk, alu, antan, pelantak, pelocok, ganden, penggodam, catuk, gandi;,
Kata Terbitan : menukul,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hilang tukul hilanglah pahat.Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai.Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar.Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. (Bandingkan dengan: Rumah sudah tukul [= pahat] berbunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas