Tinggal kulit pemalut tulang. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal jangat pemalut tulang. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tinggal tulang dengan kulit. | Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal jangat pemalut tulang, b. Tinggal kulit pemalut tulang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ringan tulang berat perut. | Yang rajin bekerja banyak mendapat rezeki. (lawannya: Berat tulang, ringan perut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar berputih tulang, jangan berputih mata. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata. | Lebih baik mati daripada menanggung malu. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar berputih tulang, jangan berputih mata). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tulang dalam rongkongan. | Sangat musykil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hempas tulang tak berbalas jasa. | Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hempas tulang berisi perut. | Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Minta tulang kepada lintah (= lidah). | Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |