Pipit tuli makan berhujan, tak ditahan (dihalau) padi habis, hendak (= bila) dihalau kain basah. | Serba salah jika berurusan dengan orang yang degil: jika dibiarkan jadi rosak, jika ditegur tiada diikuti; serba salah di dalam sesuatu pekerjaan yang sulit, dikerjakan berbahaya, tak dikerjakan berbahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli. | Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. | Berani dengan membuta tuli. senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti si buta berbini cantik, si kudung beroleh cincin, si bisu bercakap dan si tuli mendengar. | Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |