Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Cuba-cuba menanam mumbang,
     jika tumbuhan sunting (= suri,
turus) negeri.

Bermaksud :

Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain. puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecubung berulam ganja.Sama jahat. kecubung = sebangsa tumbuhan, bijinya memabukkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi).Sangat terpikat kepada kekasih. legundi = sejenis tumbuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cekarau besar liang.Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Duduk di ambung-ambung taji.Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alah limau oleh benalu.Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru. benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai diurap dengan daun katang-katang.Sangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas