Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang,
     tuak terbeli tunjang hilang.

Bermaksud :

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuak terbeli, tunjang hilang.Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas