Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan (dipakukan) pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.pai.tu.pai] | توڤاي٢

Definisi : keratan kayu yg dilekapkan pd tiang dll utk menyangga sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tupai-tupai

Puisi
 

Anak tupai di atas carang,
     Jatuh melompat patah kaki;
Kalau pandai menjaga barang,
     Mana boleh jadi rugi.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Kelapa ditebuk tupai.

Bermaksud :

Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai tupai bergelut.Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelapa ditebuk tupai.Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Labu dikerbuk tikus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal (= terjatuh) juga.Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tua-tua tupai tak tidur atas tanah.Orang tua yang senantiasa riang gembira hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai).Sudah hilang gadisnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Labu dikerbuk tikus.Gadis yang sudah kehilangan daranya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kelapa ditebuk tupai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kucing main daun.Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai tupai bergelut, c. Berbelok kucing main daun, d. Seperti elang menyongsong angin).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas