Turun ijuk turun pepatil. | Barang yang dibeli hendaklah dibayar. pepatih (patil) = rimbas (beliung) kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik seperti semut, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berjanjang naik, bertangga turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bulan turun ke ribaannya. | Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sama turun dengan malim. | Perempuan yang baru saja kahwin, sudah diceraikan oleh suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik di janjang, turun di tangga. | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik dari janjang, turun dari tangga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertangga naik, berjanjang turun. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik melompat, turun terjun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertanjak baru bertinjau. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |