Tutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat. | Kesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tutup lubang, gali lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggali lubang, menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati. | Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggali lubang, menutup lubang. | Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |