Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Dengarkan cerita burung,
     anak dipangku dilepaskan.

Bermaksud :

Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Menggerekkan tutur kata ke telinga.Selalu memberi nasihat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan.Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela.Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buaian diayun anak dicubit.Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Buaian pun digoncang, anak pun dicubit.Menyelimuti kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis. (Peribahasa lain yang sama makna: Buaian diayun anak dicubit.)Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya. petik = gerak lidah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan.Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas