Ular telan babi, cacing yang bengkak perut. | Iri hati melihat keberuntungan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular bukan, ikan pun bukan. | Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular berlingkar di gulungan tikar. | Orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. | Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menarik rambut di dalam tepung. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar ular mati, kayu tiada patah. | Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Ikan biar dapat, serampang jangan pukah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |