| Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak. | Bersikap bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menarik rambut di dalam tepung). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (= menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menarik rambut di dalam tepung, b. Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak). (Bandingkan dengan: a. Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak, b. Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perempuan melangkahi ular tiada lepas. | Perempuan itu selalu dalam bahaya kerana kelemahannya. (Bandingkan dengan: Melangkahi ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ketiak ular. | Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecek bagai ketiak ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecek bagai ketiak ular. | Cakap yang tak berkeputusan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ketiak ular). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular menyusur akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ular berkepala dua. | Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekerat ular, sekerat belut. | Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ular berkepala dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |