Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. | Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat yang kawi, syarak yang lazim. | Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring. (Bandingkan dengan: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah). kawi = kuat, sakti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Corak kain mengikut kehendak penenunnya. | Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada batang, cendawan tumbuh. | Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing. (Bandingkan dengan: Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terpijak benang arang, hitamlah tapak. | Kalau sudah melanggar undang-undang maka terimalah ganjarannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. | Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami. (Peribahasa lain yang sama makna: Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut. | Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? | Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |