Membuangkan nasinya yang tersaji di lutut. | Meninggalkan pekerjaan yang senang lalu mencari pekerjaan yang susah. nasi di lutut = untung baik, nasib orang yang berbahagia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sabung selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi. | Untung-untungan; berserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung sebagai roda pedati. | Nasib manusia berputar-putar turun dan naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. | Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. | Nasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |