Biduk upih pengayuh bilah. | Tiada berdaya akan mengerjakan sesuatu pekerjaan kerana kekurangan alat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang. | Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti upih jatuh. | Yang tua mati dulu daripada yang muda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk. | Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. | Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |