Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga. | Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri. | Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. | Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun. | Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang. | Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga. | Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |