Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. | Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu hitam tak bersanding. | Walaupun kelihatannya lemah tetapi sukar mengalahkannya. (Bandingkan dengan: Batu bulat tak bersanding). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang di mata di hati jangan. | Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti burung gagak pulang ke benua. | Walaupun telah keluar negeri, tetapi tidak berubah, keadaannya sama saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. | Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar. | Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana. | Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak resan kunyit, resan serai. | Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |