[was.was] | وسواس
Definisi : I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba; mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati; kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[was.was] | وسواس
Definisi : Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan batin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[was.was] | وسواس
Definisi : 1 (berasa) ragu-ragu; (berasa) bimbang: Saya ~ melepaskannya ke pekan. 2 (berasa) curiga. 3 (berasa) khuatir: Janganlah awak ~ terhadap janji saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)