Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,

Peribahasa

Ulat dalam batu pun hidup juga.

Bermaksud :

Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita.Kita yang berusaha, orang lain yang senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ulat dalam batu pun hidup juga.Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siapa menjala, siapa terjun.Siapa yang berkehendak sesuatu, harus berusaha.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perang bermalaikat, sabung berjuara.Kita boleh berusaha tetapi Tuhan yang menentukan kalah menang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Esa hilang, dua terbilang.Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pertama hilang, kedua terbilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pertama hilang, kedua terbilang.Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya. (Peribahasa lain yang sama makna: Esa hilang, dua terbilang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah tongkat berjermang (= bertelekan).Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah sayap bertongkat paruh.Terus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas