Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. | Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. | Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membilang kepala bini, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap selalu mendatangkan rugi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. | Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapak menyelam beliung. | Orang malas disuruh mengajak orang yang malas pula bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. | Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. | Orang yang rajin senantiasa disuruh orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang. | Orang yang arif dan rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Orang pindah-pindahan, bertanam tak boleh dimakan. | Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |