Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,

Puisi
 

Seri Johor nama negeri,
     Sultan Ismail raja yang mulia;
Alangkah terangnya matahari,
     Bulan juga membawa cahaya.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.

Bermaksud :

Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit.Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada hilang bisa ular dek menyusur akar.Tiada hilang martabat seorang yang mulia kerana merendahkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).Kadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang pelanduk berganti kijang emas.Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma.Mati di tempat yang mulia kerana membuat kebaikan lebih baik daripada mati di tempat yang hina kerana membuat kejahatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh.Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain.Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mutiara terkalung ke leher babi.Mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu akan nilainya; orang mulia yang telah jatuh martabatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas