Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang sebenarnya

Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Bermaksud :

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

 

Lihat selanjutnya...(26)

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sebagai sadur menimbulkan(kan) senam.Telah kelihatan keadaan yang sebenarnya, yang disembunyi-sembunyikan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Embacang buruk kulit.Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takut akan bayang-bayang.Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dibilang genap, dipapar ganjil.Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Intan disangkakan batu kelikir.Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kecek ular.Menceritakan berlebih-lebihan daripada keadaan yang sebenarnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilihat si pulut, ditanak berderai.Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membulang ayam indarus rancak kokok.Lahirnya saja pandai atau berani, tetapi yang sebenarnya bodoh atau penakut. rancak kokok = merdu bunyi kokoknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan.Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung.Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Besar diambak, tinggi dianjung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas