Buangkan yang keruh, ambil yang jernih. | Buang yang jahat ambil yang baik; memulai penghidupan yang baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. | Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur. | Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, e. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dibuang yang keruh, diambil yang jernihnya. | Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat sudah bersimpul satu. | Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hati yang suka peringan beban. | Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. | Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bergantung tidak bertali. | Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |