Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yu

Puisi
 

Anak yu dua serupa,
     Yu berjumpa dengan sembilang;
Janji dulu adik tak lupa,
     Tunggulah sampai adik pulang.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seperti sekelat muka dua.

Bermaksud :

Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Talam dua muka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sekelat muka dua.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari, b. Talam dua muka). sekelat = kain tenun daripada bulu domba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Talam dua muka.Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala yu, ekor babi.Suka berpura-pura atau bermuka dua.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengail yu dapat setoka.Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jung pecah, yu yang kenyang.Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas