Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman Tuk Nadur berkajang kain. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman beralih, musim bertukar. | Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ketika gagak putih, bangau hitam. | Kiasan pada zaman yang sudah silam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seelok-elok makan peluru meriam. | Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat lama pusaka usang. | Adat yang tak berubah-ubah sejak zaman-berzaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di waktu garuda alah oleh ular. | Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |