Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.mu.ruh] | ݢموروه

Definisi : 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.mu.ruh] | ݢموروه

Definisi : kuat dan menderu-deru bunyinya (spt bunyi kapal terbang, tepuk sorak orang ramai dsb): Ucapan menteri itu disambut dgn tepukan yg ~. bergemuruh berbunyi dgn kuat serta menderu-deru; berbunyi spt guruh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gemuruh

Puisi
 

Kain kaca berbunga dedap,
     Dibawa nakhoda ke negeri Keling;
Darah gemuruh rasa tak sedap,
     Kerana cinta sudah berpaling.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
thunder2. loud reverberating noise, (bunyi) gemuruh: the ~ of guns could be heard, bunyi gemuruh senapang dapat didengar; the speaker was greeted by a ~ of applause, penceramah itu disambut dgn tepukan yg gemuruh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overstrungadj 1. highly strained, berdarah gemuruh: an excitable ~ woman, wanita yg berdarah gemuruh mudah teruja; the shock was too much for her ~ nerves, berita itu terlalu mengejutkan bagi orang yg berdarah gemuruh sepertinya; 2. (of piano) talinya bersilang-siur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrought-upadj gemuruh: she was all ~ and it was impossible to calm her down, dia gemuruh betul dan sememangnya payah hendak menenteramkannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roare. (of thunder) bunyi gemuruh: the ~ of the storm drowned his voice, bunyi gemuruh ribut itu menenggelamkan suaranya; f. (of engine, wind, waves, etc) deruan: the ~ of the cars on the speed way, deruan motokar di lebuh raya; before they saw the sea, they could hear the ~ of the waves, sebelum mereka melihat laut, mereka dapat mendengar deruan ombak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uptightadj 1. nervous, gemuruh: he gets ~ at the thought of facing the headmaster, dia naik gemuruh memikirkan terpaksa berjumpa dgn guru besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roarn deep, loud prolonged sound, a. (of tiger, lion) ngauman, aum; b. (of laughter) gemuruh: there was a ~ of laughter from the audience, terdengar ketawa yg gemuruh drpd penonton; c. (of anger) tempikan: there was a ~ of anger from the owner, terdengar tempikan marah drpd pemiliknya; d. (of excited crowd etc) bunyi gemuruh: the ~ of the football crowd could be heard from a distance, bunyi gemuruh penonton perlawanan bola sepak dapat didengar dr jauh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uproariousadj 1. loud and boisterous, gemuruh: the crowd gave him an ~ welcome, orang ramai memberinya sambutan yg gemuruh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nerve-rackingadj (rather frightened) takut; (tense, highly strung) berasa /gemuruh, gugup, agak gementar/: she’s ~ about travelling by air, dia takut menaiki kapal terbang; he’s a public figure but he still feels ~ before making a speech, dia seorang tokoh masyarakat tetapi dia masih berasa gemuruh sebelum berucap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Neptunesuffer from ~s, darah gemuruh; war of ~s, perang saraf; what a ~, some ~, beraninya, berani betul: what a ~, coming in here without being invited!, beraninya, masuk ke sini tanpa diundang!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Neptunen 1. cordlike fibre carrying impulses to and from the brain, saraf: optic ~s, saraf optik; 2. anxiety, tension, rasa /gemuruh, agak gementar/; (habitual and more acute) ketegangan perasaan: she gets ~s before every performance, dia rasa gemuruh sebelum setiap persembahan; it’s said that yoga can calm o’s ~s, dikatakan bahawa yoga dapat menenangkan ketegangan perasaan; 3. boldness, self-control, keberanian: his ~ failed him at the last minute, keberaniannya hilang pd saat-saat akhir; a parachutist needs plenty of ~, ahli payung terjun memerlukan keberanian yg tinggi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas