Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
All2. (in combination with relative clause, with n + relative clause, or occas with n only) the limit (of), the only (thing) hanya... saja, hanya, saja: ~ (that) you need is a saw, yg anda perlukan hanya sebuah gergaji saja; ~ the facilities they gave me were a table and a chair, kemudahan yg diberikan kpd saya hanya sebuah meja dan sebuah kerusi; is that ~ (the money) you have on you?, itu sajakah (wang) yg ada pd kamu?; that’s ~ I know, hanya itu saja yg saya tahu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alonec. only, /hanya, cuma/... (sahaja); (of person) /hanya, cuma/... (seorang sahaja): God ~ knows what happened, hanya Tuhan sahaja yg tahu apa yg terjadi; of the hundreds of invitees, I ~ did not reply, drpd beratus-ratus orang yg diundang, hanya saya seorang sahaja yg tdk menjawab;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onlyadv 1. no one or nothing more than, /hanya, cuma/ (sahaja), sahaja, saja: he has ~ one child, dia mempunyai hanya seorang anak; there are ~ three left, hanya tinggal tiga sahaja; I can ~ tell you what I know, saya hanya dapat memberitahu tuan apa yg saya tahu sahaja; the position is open to graduates ~, jawatan itu ditawarkan kpd siswazah sahaja; ~ a miracle can save him, hanya kejadian yg ajaib saja yg boleh menyelamatkannya; he was ~ joking, dia hanya bergurau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
loneadj sendirian, hanya seorang; (of st) hanya /satu, se + approp classifier/: on the beach was a ~ fisherman, di pantai, ada nelayan yg sendirian; the Prime Minister was accompanied by a ~ escort, Perdana Menteri diiringi oleh hanya seorang pengawal; among the batiks was a ~ example of one drawn by hand, antara batik-batik itu terdapat hanya satu contoh batik tulis; all that was left in the clearing was a ~ coconut tree, yg tinggal di cerang itu hanya sebatang pokok kelapa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
butadv hanya... (sahaja): he was ~ a child, dia hanya seorang budak: there is ~ one way, hanya ada satu jalan sahaja; all ~, hampir-hampir, dekat-dekat: he was all ~ dead when we found him, dia hampir-hampir mati sewaktu kami menjumpainya; ~ for, kalau tdk krn: ~ for him I would have been killed, kalau tdk krn dia, saya mungkin terbunuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
none~ but, hanya... saja: ~ but the strongest survived, hanya yg terkuat saja yg terselamat; ~ but a fool would walk down the road at night, hanya orang bodoh sahaja yg akan berjalan di jalan itu pd waktu malam; ~ other than, tdk lain (dan tdk bukan) drpd: that is ~ other than Prince Edward, orang itu tdk lain dan tdk bukan drpd Putera Edward; have ~ of (it), (colloq) tak mahu /melihat, mendengar, dll/ (+ approp clause or n phr): I will have ~ of your rowdy behaviour here, saya tdk mahu melihat kamu berkelakuan buruk di sini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only4. (used to indicate that the result of st is undesirable, unfortunate), /hanya, cuma/ (sahaja), sahaja, saja: you will ~ make things worse, kamu hanya akan memburukkan lagi keadaan; don’t say anything now; it will ~ make him angrier, jangan kata apa-apa sekarang; itu hanya akan membuat dia lebih marah; 5. (used to emphasize o’s hope, prayer, etc), /hanya, cuma/ dapat: I ~ hope he will not divulge our secret to the press, saya hanya dapat berharap dia tdk akan membocorkan rahsia kita kpd pihak akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
only~ if, hanya.../jika, kalau/: I will ~ agree to do it if..., saya hanya akan melakukannya jika....; ~ just, a. barely, [various translations]: he could ~ just see them, dia hampir-hampir tdk nampak mereka; they ~ have just enough money for their bus fare, wang mereka hanya cukup-cukup utk tambang bas; b. just, baru (sahaja): they’ve ~ just got to know each other, mereka baru sahaja berkenalan; he ~ just got there, dia baru sahaja tiba di situ;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
merelyadj hanya, cuma, saja: he did it ~ as a joke, dia melakukannya hanya utk bergurau; I was ~ trying to help, saya cuma hendak menolong.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
can2~ but, hanya boleh: you ~ but try, kamu hanya boleh mencuba; as ... as ~ be, amat, sungguh: the bride is as pretty as ~ be, pengantin perempuan itu amat cantik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas