Kamus Sains.indb berat. Di samping itu, daya apung melalui pusat jisim isi padu bendalir yang tersesar itu. Magnitud daya apung, F, diberikan oleh sebutan F = ρgV, dengan ρ sebagai ketumpatan bendalir berkenaan, g sebagai pecutan graviti dan V sebagai isi padu bendalir tersesar. Bagi bendalir yang ke- tumpatannya sekata, daya apung melalui sentroid isi padu yang tersesar kerana sentroid berkenaan sekena dengan pusat yang lain. (BIO) cenderai (cenderai) Nama biasa bagi kayu Grewia spp. daripada famili Tiliaceae. Nama lain di Se- menanjung ialah damak-damak. Spesies utama kayu cenderai termasuk Grewia an- tidesmaefolia, G. blattaefolia, dan G. laurifolia. Gubal kayu cenderai sukar dibeza- kan daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna keperang-perangan. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul dan terpilin. Kayu ini
|