Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuan] | اچوان

Definisi : 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka, pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat membentuk atau mencorak­kan sesuatu: proses pembesaran kanak-kanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat pola kalimat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuan] | اچوان

Definisi : bekas tempat menuang bahan sesuatu yg hendak dibentuk: ~ kuih baulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuan

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(3)

6

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
jejari sel endo - dermis. (BIO) cast in situ concrete footing (alas konkrit tuang in situ) Alas konkrit yang dibina terus pada struktur binaan dengan menggunakan konkrit tuang in situ dan acuan. (KEJ) casting bed (acuan penuangan) Acuan yang tidak boleh digerakkan yang digunakan di beberapa rasuk konkrit prategasan dan juga rasuk konkrit pratuang. (KEJ) catabolite (katabolit) Hasil daripada proses katabolisme. (BIO) catalyst poison (racun mangkin

Kembali ke atas