Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg mem­bolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sen­diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pernyataan (perjanjian dll) yg dibuat dgn bertulis dan bertandatangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hitam
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan aswad, lotong, legam, legap, gelap,
(kata nama:)
Berantonim dengan putih

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan berbahaya
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghitamkan,

Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Hitam-hitam gajah,
     putih-putih udang kepai.

Bermaksud :

Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
berwarna hijau akibat faktor genetik atau gangguan faktor-faktor yang lain. (BIO) albino (albino) 1. Vertebrat yang kekurangan pigmen melanin pada rambut/bulu, kulit dan iris mata, yang mengakibatkannya kelihatan putih yang luar biasa. Warna putih luar biasa ini merupakan kecacatan kongenital terwaris yang berlaku disebabkan kewujudan sejenis gen resesif pada vertebrat yang berkenaan. 2. Tumbuh-tumbuhan yang kelihatan luar biasa putihnya disebabkan keti - adaan klorofil

Kembali ke atas