Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.but] | کابوت

Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)

272

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Bumi mana tidak ditimpa hujan

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi bumi mana tidak ditimpa hujan. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
atau dijangkakan akan berlaku secara serentak, iaitu: i. Apabila ketampakan mendatarnya 10 km atau lebih; ii. Tiada awan di bawah 1500 m, tiada awan kumulonimbus; iii. Tiada kerpasan, ribut petir, kabut atau salji hanyut. (METEO) CCITT (CCITT) Singkatan bagi Consultative Committee for International Telegraphy and Telephony. Lihat Consultative Committee for International Telegraphy and Telephony. (KOM) ceiling balloon (belon siling) Belon kecil terpilih. 2. Tindakan menjadikan kandungan ingatan terpilih menjadi logik 0. 3. Tindakan membersihkan laluan saluran penghantaran bagi membolehkan data dihantar. (KOM) clear air (udara cerah) 1. Udara tanpa awan atau kabut. 2. Udara tanpa sebarang zarah pepejal atau cecair yang dapat mengurangkan ketampakan. (METEO) clear all function (bersih semua fungsi) Tindakan membersihkan semua fungsi yang telah disetkan pada sistem. (KOM) clear

Kembali ke atas