Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1. menjadikan melekat, menam­palkan: ~ label pd botol ubat; 2. mengenakan (pakaian), memakai: dgn dada berdebar-debar, dia ~ pakaiannya; 3. sl memberi gelaran (pangkat, bintang, dsb): pd hari ini, aku ~ gelar kpd Nakhoda Muda ini Kiai Demang Purwasedana; 4. menanam (modal, wang) dlm perusahaan atau dgn membeli barang-­barang berharga: wangnya dilekatkan pd barang-barang emas; 5. menghalakan pan­dangan (perhatian dll), menetapkan pandangan dll; 6. mengenakan sesuatu (ubat, guna-guna, dll) pd, membubuh; 7. memukulkan (tangan, kayu, dll): kerana marahnya, ia pun ~ tangannya pd budak itu; 8. menaruh (hati), memautkan (hati): ~ hatinya kpd gadis itu; 9. menyalakan, menghidupkan (api): ~ api kpd rumput-rumput kering di belakang rumahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.kat.kan] | ملکتکن

Definisi : 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melekatkan

Peribahasa

Meletakkan (= melekatkan) api di bubungan (di bumbung).

Bermaksud :

Sengaja mencari bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
110 arthroclasia (artroklasia) Perihal memecahkan ankilosis untuk mewujudkan gerakan bebas pada sendi. (UBAT) arthroconidium (artrokonidium) Konidium yang dihasilkan secara artrik. (BIO) arthrodesia (artrodesia) Lihat arthrodesis. (UBAT) arthrodesis (artrodesis) Pembedahan untuk melekatkan sendi dengan mencantumkan permukaan tu - lang sendi pencantuman supaya sendi tersebut tidak dapat digerakkan. Ar- trodesis juga disebut ankilosis tiruan. Sinonim arthrodesia. (UBAT) arthrodynia (artrodinia) Lihat arthralgia. (UBAT) arthroendoscopy (artroendoskopi biologi, iaitu satu siri peringkat perubahan komuniti di ka- wasan tertentu yang melibatkan penggantian populasi yang mengarah kepada suatu keadaan yang stabil. (BIO) biotelemetry (biotelemetri) Kaedah mengesan pergerakan haiwan dengan melekatkan alat pengesan pada haiwan berkenaan. Kaedah ini banyak digunakan dalam kajian populasi dan perlakuan haiwan. (BIO) biotic (biotik) Lihat biotic factor. (BIO) biotic factor (faktor biotik) Organisma hidup yang mempengaruhi

Kembali ke atas