Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1. menembakkan (senapang, meriam, dll): maka bedil pun dipasang orang, terlalu azamat bunyinya; 2. menya­lakan (lampu dll), mencucuh (suluh, rokok, mercun); 3. mengenakan (mencantumkan dsb) bahagian-bahagian sesuatu sehingga menjadi sesuatu yg lengkap atau sempurna, mencantumkan (utk membina, melengkapi, dll): kilang ~ kereta; ~ pagar mendirikan pagar; ~ paip air melengkapi dgn paip air; 4. menahan (perangkap, jerat, lukah, dll); 5. mempertaruhkan wang (dlm permainan judi dll), menahan; 6. mengenakan (melekatkan, memuatkan, menempatkan dll); ~ aksi Id berkelakuan yg dibuat-buat supaya elok kelihatan; ~ badan a) memakai pakaian cantik, menghias diri; b) Jk menjalani hukum­an di penjara; ~ bendera menaikkan (mengi­barkan) bendera; ~ guna-guna mengenakan guna-guna; ~ harga meletakkan (menen­tukan) harga; ~ iklan memasukkan iklan (dlm akhbar, majalah, dll); ~ jaga menempatkan (mengadakan) jaga; ~ kaki mengadakan (menempatkan) pengintip; ~ kancing mengenakan (melekatkan) kancing; ~ layar me­naikkan (mengenakan) layar; ~ mata men­jaga (memerhatikan) baik-baik; ~ mata-mata menempatkan (mengadakan) mata-mata utk menjaga dll; ~ pelana mengenakan pelana; ~ telinga meneliti atau mendengarkan baik-baik (percakapan, bunyi, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : menempatkan bubu dlm air utk menangkap ikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.sang] | مماسڠ

Definisi : 1 mengenakan api pd sesuatu supaya bernyala atau terbakar; menyalakan (lampu dll); melepaskan (tembakan meriam): ~ pelita. 2 menyambungkan beberapa bahagian yg disediakan dahulu supaya menjadi lengkap; membuat sesuatu supaya lengkap jadinya: ~ kereta; ~ langsir jendela; ~ paip air. 3 meletakkan sesuatu (spt lukah) di tempat-tempat tertentu utk menangkap benda-benda yg lalu di situ; menahan (lukah dll): ~ jerat; ~ jaring. 4 memulakan perjalanan sesuatu jentera; menghidupkan: ~ enjin. 5 ist tindakan mengenakan atau menyambungkan perkakasan atau perisian ke dlm sistem komputer. ~ badan menghias diri dgn memakai pakaian yg cantik-cantik dll. ~ bendera menaikkan atau mengibarkan bendera. ~ harga menentukan harga. ~ kaki mengadakan orang utk mengintip dll. ~ mata memperhatikan baik-baik. ~ mata-mata mengambil polis utk menjaga sesuatu. ~ telinga mendengar dgn sungguh-sungguh dan berhati-hati; mendengar baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pasang3
Kata Terbitan : berpasang-pasang, memasang,

Puisi
 

Budak-budak memasang rakit,
     Baik-baik terkena jari;
Bubu dipasang kurang himpit,
     Dilanggar roboh sendiri.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Menahan (= memasang) lukah di penggentingan.

Bermaksud :

Mencari keuntungan dalam keadaan kacau; mengambil keuntungan daripada orang yang sedang menderita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memancing di air keruh, b. Menahan jerat di tempat genting).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
tidak dapat ber- fungsi sekiranya rintangan ini terlalu tinggi. Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan rintangan bumi termasuk dengan menambah bilangan elektrod bumi yang disambung selari, menabur garam di sekeliling elektrod, memasang elektrod di tempat lembap dan menanam bahan kimia seperti magnesium di sekeliling elektrod. (KEJ) earth star (bintang bumi) Jasad buah kulat dalam genus Geastrum, Astraeus dan Myriostoma. Jasad buah ini rata dan lurus. (HUT) joist (gelegar/jeriau) 1. Kayu gergaji panjang berbentuk segi empat bujur yang mempunyai kete- balan kira-kira dua kali ganda daripada lebarnya, dan banyak digunakan untuk memasang lantai. Gelegar lantai biasanya dipasang selari di atas rasuk dan di bahagian bawah lantai. Gelegar juga dikenali sebagai alang. 2. Kayu yang digunakan dalam kerja pembinaan sebagai penyokong atau penyangga

Kembali ke atas