Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (melampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.gal.kan] | منيڠݢلکن

Definisi : 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meninggalkan

Puisi
 

Ati-ati tumbuh di paya,
     Air tenang di kaki bukit;
Sampai hati meninggalkan saya,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Harimau mati meninggalkan belang,
     gajah mati meninggalkan daging,
manusia mati meninggalkan nama.

Bermaksud :

Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

 

Lihat selanjutnya...(17)

152

A good deed is never forgotten

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never forgotten indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kelabu keputih-putihan dengan bintik-bintik hitam atau jingga. (BIO) argyrophil fibre (gentian argirofil) Gentian tisu retikulum yang boleh mengikat garam argentum yang diaruh ca - haya atau agen penurun, kemudian meninggalkan longgokan hitam argentum. (BIO) arheic (arheik) Perihal kawasan yang hampir tiada langsung saliran permukaan. (HID) ariboflavinosis (ariboflavinosis) Kekurangan vitamin riboflavin dalam makanan yang mencetuskan gejala se- perti keilosis glositis dan meng- alami alergi. (UBAT) atretic follicle (folikel atresia) Folikel ovari yang tidak berkembang menjadi folikel dewasa dan musnah. Fo- likel ovari biasanya wujud sebelum seseorang wanita baligh dan tidak akan meninggalkan sebarang kesan, bekas atau parut. (BIO) atrial fibrillation (fibrilasi atrium) Rentak atrium yang tidak normal, iaitu rentak atrium yang cepat dan tidak tetap. Keadaan ini menjejaskan pengaliran darah dari atrium

Kembali ke atas