Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nge.luar] | ڤڠلوار

Definisi : orang (negeri, syarikat dll) yg mengeluarkan atau yg menghasilkan sesuatu: Malaysia ialah negara ~ getah asli yg utama di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi: berangkat, beredar, berlalu, bergerak, berganjak,
Berantonim dengan masuk

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terpacul, terpacak, menjelma, terjengul, menjengul,
Berantonim dengan lesap

3. Bersinonim dengan mengalir: terbit, terpancar, terpancut,

4. Bersinonim dengan diumumkan: disiarkan, diterbitkan, dipasarkan, dijual, diedarkan,

5. Bersinonim dengan dilafazkan: diucapkan, diluahkan, dilahirkan, terhambur,

6. Bersinonim dengan berhenti: menarik diri

Kata Terbitan : mengeluarkan, terkeluar, keluaran, pengeluaran, pengeluar,

Peribahasa

74

If the cap fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya.” Barang siapa yang berketuk, dialah yang bertelur! ” tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
yang boleh menghasilkan penderiaan pendengaran. Sinonim auditory threshold. (FIZ) audio amplifier (amplifier audio) Amplifier untuk menguatkan isyarat dalam julat frekuensi audio atau frekuensi yang lebih tinggi dalam alat perakam atau pengeluar bunyi. (FIZ) audio frequency range (julat frekuensi audio) Julat frekuensi gelombang bunyi yang dapat didengar oleh telinga manusia, iaitu kira-kira 15 hertz hingga 20 000 hertz. Sinonim audio range makanan daripada satu sumber melalui satu siri orga- nisma yang bergantung secara berturutan di antara satu dengan yang lain untuk mendapatkan makanan. Rantaian ini bermula dari tumbuh-tumbuhan hijau sebagai pengeluar, diikuti oleh herbivor sebagai pengguna primer dan karnivor sebagai pengguna sekunder. Contohnya, rumput sebagai penge- luar dimakan oleh lembu sebagai pengguna primer, dan dagingnya dimakan oleh manusia sebagai pengguna sekunder

Kembali ke atas