Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lai] | سالاي

Definisi : ; ikan ~ ikan yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; pisang ~ pisang yg dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; bersalai 1. sedang dikeringkan (diasapi, dipanggang) di atas api; 2. duduk di atas tempat yg agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara utk memanaskan badan (terutamanya bagi perempuan yg baru bersalin): amalan ~ utk menghangatkan badan dan mempercepat berkurangnya darah nifas dan mengecutkan rahim secara perlahan-lahan telah hampir lenyap; bergantung tidak bertali, ~ tidak berapi prb perempuan yg mengandung di luar nikah; menyalai 1. mengeringkan (mengasapi, me-manggang) di atas api: ibunya sedang ~ daging; getah itu dikerjakan terus sehingga lahirlah getah yg berkeping-keping dan disalai di rumah asap; 2. memanaskan badan dekat api (bagi perempuan yg baru bersalin); 3. memasang lampu (damar dll): kemudian dian pula yg disalai; tersalai (sedang) dikeringkan atau (diasapi) di atas api: ribuan keping getah yg ~ di situ; salaian 1. penyalai; 2. sesuatu yg disalai (diasapi) di atas api, hasil menyalai (meng-asapi) di atas api; penyalaian perbuatan (kerja, proses) menyalai sesuatu (getah, daging, dll); penyalai perkakas (para-para dsb) yg diguna-kan utk menyalai: dinyalakan apinya, dan ikan itu pun diaturnya di atas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lai] | سالاي

Definisi : ; bersalai berada dekat api (utk dikeringkan dll). menyalai 1 meletakkan di atas api supaya kering; mengeringkan di atas api: Ibunya telah ~ ikan yg ditangkapnya. 2 memanaskan badan di atas api (bagi orang yg baru bersalin). salaian sesuatu yg disalai. penyalai tempat menyalai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salai
Kata Terbitan : bersalai, menyalai, tersalai, penyalaian, salaian, penyalai,

Peribahasa

Bersalai tidak berapi.

Bermaksud :

Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung. salai = dipanaskan atau dikeringkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ini le- barbule barn rot Kamus Sains.indb 133 7/8/08 11:46:49 AM 134 bih parah semasa daun tembakau disimpan atau diasap di dalam bangsal atau rumah salai. (BIO) barognosis (barognosis) Keupayaan untuk merasai berat sesuatu jasad. Banding baragnosis. (UBAT) barogram (barogram) Rakaman yang diperoleh daripada barograf aneroid. (FIZ) barophile (barofil) Mikroorganisma yang hidup pada tekanan yang tinggi

Kembali ke atas