Kamus Sains

Kamus Sains.indb
daun atau kutu tumbuh-tumbuhan yang tergolong dalam or - der Homoptera dan biasanya mempunyai kitar hidup yang sangat kompleks. Serangga yang sangat profilik ini merosakkan tumbuh-tumbuhan dengan cara menghisap sap dan mengumuhkan rembesan likat dari abdomen. Serangga betina dewasa yang tidak bersayap dan mengalami partenogenesis ini mem - biak secara vivipariti sepanjang musim kering, tetapi pada musim lembap, serangga bersayap dihasilkan mengikut urutan nombor tertentu. (BIO) karyology (kariologi) Bidang sitologi nukleus khususnya yang mengkaji kromosom. (BIO) karyolymph (kariolimfa) Bahagian nukleus sel yang terdiri daripada cecair tak berwarna dan berkoloid. Sinonim nuclear sap. (BIO) karyolysis (kariolisis) Penguraian nukleus secara penyerpihan kromatin atau membran nukleus sel yang berlaku semasa proses mitosis. (BIO) karyomere (kariomer) Vesikel kecil tempat kromosom berubah menjadi satu jenis binaan nukleus

Kembali ke atas