Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : sewaktu belum, pd waktu belum: ~ mandi pagi, dia bersenam; kita seharusnya berusaha ~ terlambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lum] | سبلوم

Definisi : ketika belum melakukan sesuatu; terdahulu drpd: ~ tidur, saya menggosok gigi dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelum

Puisi
 

Sungai Bintangor airnya merah,
     Tempat budak bercuci kaki;
Sebelum bergurau saya berolah,
     Dari hidup sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sebelum hujan petir berpalu,
     kilat bersabungan.

Bermaksud :

Menceritakan dengan angkuh tentang sesuatu pekerjaan yang belum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(48)

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(35)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dan lautan dan topografi dasar laut. (METEO) antarolium (antarolium) Pulvilus yang besar. (BIO) antartis (antartis) Sendi pangkal pada sesungut. (BIO) ante- (ante-) Imbuhan asing yang merujuk pada sesuatu yang berlaku sebelum sesuatu masa seperti antenatal, atau ke arah yang bertentangan dengan sesuatu titik, seperti antefleksi, atau sesuatu yang wujud di bahagian hadapan sesuatu struktur se- perti antebrakium. (UBAT) antacoria ante- Kamus antemeridian (antemeridian) Waktu di antara pukul 12:00 tengah malam sehingga 12:00 tengah hari. Sing- katan a.m. Banding post meridian. (MAT) antemortem (antemortem) Berkaitan dengan sesuatu yang dilakukan sebelum mati. Banding postmortem. (UBAT) antenatal (antenatal) Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh se- seorang mula hamil sehingga kelahiran bayi. Tempoh antenatal biasanya 40 minggu atau

Kembali ke atas