Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1. semua (tiada kecuali), sekalian, se-luruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, se­genap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki); segalanya termasuk apa sahaja (tidak ter-kecuali), semua sekali, semuanya, segala-galanya: ~ kabur dan dangkal; di kelab dangdut itulah ~ bermula dan berakhir; segala-galanya seluruhnya sekali, se­kalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; disegalaapakan ark dilakukan dgn se­kehendak hati (sewenang-wenangnya); kesegalaan keseluruhan: ~ yg wujud dlm masyarakat Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ga.la] | سݢالا

Definisi : 1 tidak ada kecualinya; semua sekali; sekalian: ~ kehendaknya diturut oleh kedua-dua ibu bapanya. 2 tidak ada yg tertinggal; seluruh; segenap: ~ alam; ~ tubuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala

Puisi
 

Hari ini hari Arbaª,
     Besok hari Khamis;
Segala ingat segala qadaª,
     Malaikat Katibin sedia menulis.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Ada padi,
     segala menjadi.

Bermaksud :

Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: Beremas kemas, berpadi menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(64)

356

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia merancang, tuhan menentukan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

"Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
seperti yang dihasilkan oleh angin sebenar. Angin balistik terdiri da- ripada dua komponen, iaitu angin silang dan angin jarak. (METEO) ballistics [balistik (ilmu)] Cabang ilmu Mekanik Terapan tentang pergerakan dan segala perilaku misil seperti projektil, bom, roket, dan segala fenomena yang berkaitan. (FIZ) ballistics of penetration [balistik tusukan (ilmu)] Kajian tentang bahagian daripada balistik terminal yang menghuraikan ge- rakan projektil apabila gerakan ini menusuk sasaran seperti pepejal. (FIZ) ballottement

Kembali ke atas