Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 telah siap sedia; selesai; habis; tamat: Setelah ~ makan, mereka pun makan sirih sekapur seorang. 2 telah berlalu tempohnya; telah berlaku: Perkara yg ~ janganlah dikenang. 3 memang begitu keadaannya dll; sememang begitu: Kalau ~ nasib, apa yg hendak di­­katakan. 4 = sudahlah cukuplah; ber­hentilah; padalah: ~, jangan menangis lagi. sudahnya, sudah-sudahnya akhir­­nya; kemudiannya: Sekalian yg hidup akan mati juga ~. sesudah se­telah sudah melakukan sesuatu dll; sehabis: ~ bersembahyang, kami pun berwirid dan berdoa. menyudahi mem­berikan penutup kpd sesuatu (spt rundingan, ucapan dsb); mengakhiri: Beliau ~ ucapannya dgn serangkap pantun. menyudahkan membuat jadi sudah; menghabiskan; menyiapkan; menamatkan: Tunggu sebentar, saya hendak ~ kerja ini dahulu. kesudahan apa-apa yg berlaku sesudah sesuatu; penghabisan; akhir: Bagaimana ~ cerita itu? Mula-mula mereka bergurau-gurau, ~nya mereka berkelahi. penyudah apa-apa yg terakhir; penghabisan: Itulah kali ~ dia datang ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Puisi
 

Sudah kapas menjadi benang,
     Sudah benang menjadi kain;
Sudah lepas jangan dikenang,
     Sudah jadi orang lain.


Lihat selanjutnya...(496)
Peribahasa

Sudah terantuk baru tengadah.

Bermaksud :

Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai).

 

Lihat selanjutnya...(357)

127

What' done cannot be undone

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but what' done cannot be undone.

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(111)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Bahan penjerap mempu- nyai kebolehan untuk memeluwap atau memerangkap molekul bahan lain pada permukaannya. Bahan ini boleh didapati dalam bentuk bahan semula jadi atau sintetik. (KEJ) adult (dewasa) Seseorang yang sudah mencapai pertumbuhan fizikal yang sempurna atau matang. (UBAT) adulterant (bahan noda) Bahan kimia atau bahan lain yang dicampurkan kepada sesuatu cecair atau pepejal. Dari segi undang-undang, bahan ini seharusnya pam rod penyedut. Mesin ini merupakan salah satu peralatan permukaan bagi sistem pengepaman rod penyedut. (KEJ) bear scratch (cakar beruang) Corak yang dihasilkan akibat kerekotan ira kayu. Pada kayu yang sudah dike - mas siap, corak ini kelihatan seperti bentuk mata memanjang yang menarik. (HUT) bearing block (blok galas) Blok daripada kayu yang diikat pada tiang untuk menyokong rasuk atau ge- legar

Kembali ke atas